Aplikasi ‘e-LTJ’ (2018)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Ibu Pejabat

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Negeri Sembilan

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, Aplikasi e-LTJ merupakan satu sistem penyimpanan data dan rekod dalam program Lawatan Terancang dan Berjadual (LTJ) dalam Program Pengembangan Veterinar. Pegawai Pengembangan akan memasukkan semua data yang diperolehi daripada Peserta LTJ melalui peranti seperti telefon pintar, terus di lapangan yang akan memudahkan cerapan data seperti data asas ternakan, maklumat penternak, tindakan pegawai pengembangan, dan juga maklumat petunjuk pengurusan dan indeks produktiviti serta kemudahan untuk peringatan mesra lawatan yang seterusnya. Aplikasi ini dijangka akan memudahkan sistem menjana laporan tertentu berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada peserta LTJ. Aplikasi ini turut membantu pegawai pengembangan dalam melaksanakan program LTJ dengan lebih sistematik.

File Type: pdf
Categories: Perkhidmatan & Pengurusan
Tags: Inovasi
Categories: