Breeddata: Sistem Perekodan Pembiakbakaan (Lembu) Kebangsaan (2013)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Dr Tan I-Lene dan Fakhrulisham Bin Razali



Ringkasan Inovasi

Permanian Beradas (AI) merupakan satu teknik yang sering digunakan untuk meningkatkan prestasi pembaikbakaan dalam ternakan, terutamanya dalam ternakan lembu. Perkhidmatan permanian beradas (AI) selama ini telah direkodkan menggunakan sistem berasaskan kertas. Antara masalahmasalah yang dihadapi oleh Jabatan dengan sistem yang berasaskan kertasa adalah kesukaran untuk mendapat rekod yang tepat dan lengkap daripada penyuntik permanian beradas, kelambatan untuk mengisi rekod, ketidakcekapan untuk mendapat data lampau dan kesukaran untuk membuat analisa yang berkesan terhadap data yang dikumpul. Oleh itu, Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan dengan Bahagian Penyelidikan telah membangunkan satu sistem perekodan secara online untuk menyelaraskan pengumpulan rekod/data pembiakbakaan secara permanian beradas di seluruh negara. 2 Kelebihan sistem ini adalah ia membolehkan penyuntik AI memasukkan data dari mana-mana lokasi yang mempunyai kemudahan internet, rekod dan data yang dikumpul adalah selaras antara semua negeri, data boleh ditapis dan dianalisa dalam pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat yang berguna dengan cepat dan mudah serta sistem ini boleh diakses oleh para pegawai pemantau dari mana-mana jua. Sistem ini akan memudahkan Jabatan memantau prestasi pembaikbakaan ternakan serta membolehkan perancangan dan implementasi polisi pembiakbakaan yang lebih jitu. Pada ketika ini, sistem ini hanya melibatkan perekodan permanian beradas dalam ternakan lembu di bawah projek EPP5c (Perkhidmatan Pembiakbakaan) sebagai permulaan. Namun, kumpulan projek ini akan berusaha untuk mengembangkan sistem ini kepada ternakan lain dan juga untuk merekodkan pembiakan secara tabii.

File Type: pdf
Categories: Perkhidmatan & Pengurusan
Tags: Inovasi
Categories: