GARIS PANDUAN PENGURUSAN SISA BUANGAN TERNAKAN AYAM

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Matlamat Dasar Agro-Makanan Negara untuk meningkatkan bekalan makanan secara langsung telah meningkatkan pembangunan industri ternakan menjadi lebih maju dan moden ke arah sistem penternakan yang mampan dan berdaya tahan. Pengurusan yang efektif dalam sistempengeluaran hingga kepada kebersihan ladang berkonsepkan amalan penternakan yang baik dan lestari perkara yang wajib dipraktikkan untukmempastikan kesejahteraan haiwan mahupun manusia. Pengiktirafan berasaskan kepada kriteria ‘Malaysian Good Agricultural Practices’(MyGAP) dan ‘Amalan Penternakan baik (GAHP) MS 2027:2006’, Jabatan Perkhidmatan Veterinar memainkan peranan penting untuk mempastikan tahap kualiti ladang ternakan dapat dijamin. Ini termasuk program pengurusan kesihatan ternakan, biosekuriti, sanitasi dan pengurusan sisa ladang. Dengan penerbitan garis panduan pengurusan sisa ternakan ayam ini diharap dapat memberi panduan kepada penternak bagi mengwujudkan piawaian amalan sanitasi ladang yang lebih berkualiti. Perkongsian tanggungjawab dan kesedaran penternak untuk mengawal pencemaran diladang ternakan mereka perlu dipertingkatkan supaya kelestarian alamsekitar dapat dipelihara dengan baik.

File Type: pdf
Categories: Buku/Panduan
Categories: