GARIS PANDUAN PENGURUSAN SISA BUANGAN TERNAKAN BABI

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Garis panduan pengurusan sisa ternakan babi ini diterbitkan untuk memberi panduan kepada penternak untuk mengendalikan sisa buangan  ternakan di ladang babi dengan efisien. Pada masa ini terdapat banyak isu pencemaran yang telah menimbulkan spekulasi negetif masyarakat terhadap industri ternakan babi di negara ini. Perkembangan industri ternakan babi perlu mengimbangi aspek kualiti ternakan dan pemeliharaanalam sekitar. Sekiranya langkah-langkah pengurusan sisa buangan ternakan babi tidak diberi perhatian yang serius, kebimbangan isu pencemaran akibat sisa buangan ini boleh menjadi lebih kritikal dan tidakterkawal pada masa hadapan. Komitmen yang padu dari penternak amat penting untuk melaksanakan sistem penternakan secara sistematik termasuk menyediakan kawalan pencemaran di ladang-ladang supaya aktiviti ternakan ini tidak menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar dan isu sensitif kepada masyarakat. Penternak mesti peka serta bertanggungjawab untuk mengawal pencemaran demi mencapai kelestarian persekitaran yang sihat dalam menuju ke arah sistem penternakan yang mampan yang mengekalkan kualiti serta berdaya tahan.

File Type: pdf
Categories: Buku/Panduan
Categories: