Insect Protein (Black Soldier Fly) As Innovative Approach For Animal Feeds (2019)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

BETSOL SDN BHD

EN THOMAS PUI

LOT 19788, JALAN KPK 1/3, KAWASAN PERINDUSTRIAN KUNDANG,

KUNDANG JAYA, 48020 RAWANG, SELANGOR

016-2183684

Idea transformasi sisa dengan menggunakan larva Black Soldier Fly (BSF) untuk menghasilkan biomass dari serangga sebagai kandungan dalam makanan ternakan dan baja pertanian telah diperkenalkan sejak hampir separuh abad yang lepas, namun hanya berjaya direalisasikan baru-baru ini.

Betsol Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bioteknologi yang menfokuskan kepada aplikasi larva BSF untuk menghasilkan sumber makanan (serangga) kepada ternakan ayam dan sektor perikanan.

Terdapat 3 proses utama dalam inovasi ini iaitu pembiakan, nurseri dan biokonversi. Semasa tempoh pembiakan,  proses mengawan akan berlaku seterusnya menghasilkan telur. Telur tersebut kemudiannya dihantar ke seksyen nurseri dimana telur-telur tersebut dipantau sehingga menetas dan dibiarkan selama 5 hari yang dikenali sebagai neonates. Kemudian, neonates akan dipindahkan ke seksyen biokonversi. Sayuran dan buah-buahan yang diambil dari Pasar Borong Kuala Lumpur digunakan sebagai medium habitat larva dari umur 5-12 hari seterusnya dapat dijadikan protein serangga sebagai makanan ternakan.

FAEDAH INOVASI

  1. Mengurangkan kuantiti sisa yang dibuang di tapak pelupusan.
  2. Kos operasi dan teknologi yang murah.
  3. Kos larva BSF lebih efektif jika dibandingkan dengan sumber makanan ternakan yang lain kerana kitaran pembesaran yang cepat serta kurang penggunaan tanah dan air.
  4. Mengamalkan konsep Zero Waste.
  5. Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.
  6. Mengurangkan kadar pencemaran bau.
  7. Mampu menghasilkan kompos organik yang berkualiti.

 

Categories: Teknologi Peternakan
Tags: Inovasi
Categories: