Kaedah Penyejukkan Alternatif Menggunakan Peti Sejuk Biasa dalam Proses Krioawet Semen di Lapangan

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Suriaty Bintil Ramli

Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan Bukit Dinding, Jerantut, Pahang.

Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK) merupakan pusat utama yang mengeluarkan semen beku ternakan berkualiti untuk kegunaan industri ternakan bagi tujuan peningkatan kualiti genetik ternakan Negara. Jenis ternakan yang terlibat adalah lembu, kerbau, kambing dan bebiri.

Permintaan industri terhadap bekalan semen beku ternakan adalah menggalakkan terutamanya untuk baka-baka lembu hybrid seperti Charolais, Limousin, Belgian Blue dan Blonde. Penggunaan semen baka-baka berkenaan di lapangan telah berjaya menghasilkan baka lembu hybrid yang mempunyai kadar pengeluaran daging yang lebih tinggi.

Inovasi dilaksanakan melalui penyelidikan telah yang dijalankan di IBVK melalui penggunaan teknik penyejukkan semen yang baharu sebagai kaedah alternatif yang boleh digunapakai bagi khidmat krioawet semen di lapangan. Penggunaan peti sejuk biasa sebagai alat alternatif yang boleh digunakan dalam mengekalkan kualiti sperma bagi tujuan permanian beradas.

Dalam masa yang sama, peti sejuk mudah serta banyak didapati diluar/dilapangan serta harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan peralatan makmal sediada iaitu kabinet sejuk. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan ternyata terbukti boleh dijadikan sebagai kaedah alternatif. Keadah ini sangat mudah dan lebih praktikal serta kualiti sperma yang dihasilkan masih melepasi tahap yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa iaitu peratusan minima motiliti di tahap 50% untuk tujuan permanian beradas.

Proses krioawet semen kebiasaannya, dilakukan dalam makmal yang tertutup yang melibatkan tiga proses penting iaitu pencairan, penyejukkan dan pembekuan. Setiap proses yang terlibat akan mengakibatkan perubahan pada fungsi dan struktur sel sperma. Cetusan idea ini berlaku, apabila Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan menyatakan hasrat untuk mengumpulkan semen di lapangan yang ada di Kelantan terutama yang melibatkan ternakan dalam Program Naimbif. Kekangan kewangan Jabatan dalam perolehan lembu baharu menyebabkan JPV Kelantan membuat keputusan untuk membuat pemilihan lembu hibrid sado sediada di Kelantan yang mempunyai peratusan darah lembu temprate yang tinggi untuk dipungut semen serta mengagihkan kepada penternak. Dalam perbincangan tersebut, mereka ada menyatakan hasrat untuk membawa lembu tersebut ke IBVK tetapi atas faktor biosekuriti, pihak IBVK mencadangkan agar kepakaran IBVK digunakan dan dikembangkan di sana. Memandangkan masih belum ada makmal di sana beserta kelengkapan makmal yang lengkap, satu kaedah penyejukkan perlu disediakan bagi membolehkan semen dari lembu hibrid sado dapat dikrioawetkan. IBVK telah mempunyai kaedah pencairan dan pembekuan secara manual tetapi masih belum mempunyai teknik alternatif bagi penyejukkan semen. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk menilai prestasi sperma lembu dengan menggunakan peti sejuk sebagai medium penyejukkan bagi sperma lembu. Hasil kajian mendapati kaedah ini boleh digunapakai dalam proses penyejukkan semen di lapangan kerana ia sangat mudah dan lebih praktikal serta kualiti sperma yang dihasilkan masih melepasi tahap yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa iaitu peratusan minima peratusan motility di tahap 50% untuk tujuan permanian beradas.

 

File Type: pdf
Categories: Pembiakbakaan
Tags: Inovasi
Categories: