Nilai Pengkomersilan Daripada Guano Walit (2013)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Azizon Bt Abdullah, Rohaizi @ Mansor b. Rashli, Nik Badrol Hisham b Nik Jaffar, Mohamed Rizan b. Ghani
dan Che Mud b. Che Mat


Ringkasan Inovasi

Mengikut data DVS, sebanyak 1,300 rumah burung telah didaftar di bawah
(SALT). Tujuannya untuk menjadi ladang yang berlandaskan ternakan yang
sihat dan diurus dengan amalan yang baik kualitinya dan selamat daripada
penyakit zoonotik. Bagaimanapun, rumah burung terutama yang berada di
kawasan bandar atau perumahan terdedah kepada pencemaran bau dan
persekitaran yang tidak selesa terutama dari penghasilan guano/tinja. Sistem
pengendalian bahan buangan ini masih belum sempurna kerana tidak ada
kajian tentang nilai perekonomian guano tersebut. Justeru itu, kumpulan telah
menjalankan kajian secara saintifik untuk melihat bahan guano ini dapat
memberi nilai komersial untuk dijadikan baja organik dan bahan pemakanan
aquakultur. Selain daripada itu, hasil kajian juga dapat melihat pelbagai
komposisi asid amino daripada contoh-contoh asal guano walit. Hasil kajian
setakat ini telah berjaya membukti guano ini sangat sesuai dijadikan baja
organik untuk tanaman sayur-sayuran, setanding dengan tinja-tinja ternakan
haiwan yang lain.

File Type: pdf
Categories: Walet
Tags: Inovasi
Categories: