Pengesahan Ketulenan Edible Bird’s Nest (Ebn) Melalui Penentuan Kandungan Asid Sialik (2013)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Marni Binti Sapar, Norzela Binti Abdul Majid, Dr Marzura Binti Md Rodzi dan Eddy Afandi bin Abdullah



 



Ringkasan Inovasi


Pengesahan ketulenan telah dilakukan melalui penentuan kandungan dan pengesahan asid sialik dalam EBN. Selain membuktikan sampel EBN tersebut adalah tulen, penentuan kandungan SA juga merupakan asas dalam menentukan kualiti sesuatu sampel EBN dimana semakin tinggi kandungan SA maka semakin berkualiti sampel EBN tersebut. Pengesahan EBN dibuat menerusi tiga proses utama iaitu, proses pengekstrakan yang mudah, pemisahan sebatian dari gangguan matriks serta pemilihan satu ion induk dan dua ion produk yang terhasil dari ionisasi molekul. Pengenalpastian EBN dilakukan menggunakan alat kromatografi cecair berprestasi tinggi dan spektrometer jisim (LCMS/MS) yang mempunyai sensitiviti dan kebolehpercayaan yang amat tinggi.

File Type: pdf
Categories: Aneka Haiwan
Tags: Inovasi
Categories: