Program P2T Kambing Tenusu (2014)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

DR. MD ISA BIN GIMIN 

Ringkasan Inovasi

Inovasi Program P2T ini ialah satu program pemulihan dan pemuliharaan ternakan yang diketogorikan sebagai ternakan takai untuk dijadikan induk yang produktif, ia meliputi beberapa peringkat, bermula dengan pemilihan dan pembelian induk-induk takai di kawasan berdekatan, diikuti dengan proses pemulihan dan akhirnya dibiakkan.

Pemilihan dan pembelian induk-induk takai yang masih berpotensi darikawasan ladang berdekatan merupakan aspek paling penting kerana penternak akan membuat pemilihan dari segi baka terpilih yang sudah diketahui kemampuan penghasilan susu nya serta mempunyai sejarah prestasi pembiakan dan pemakanan yang baik dan dalam masa yang sama mestilah harga yang berpatutan.

 Ternakan takai ini akan dibeli dan diasingkan di ladang milik beliausebelum menjalani Program P2T. Program pemuliharaan ini meliputi aspek kesihatan seperti pemberian antibiotic dan ubat cacing bagi memastikan ternakan ini bebas dari sebarang penyakit dan dalam masa yang sama diberi pemakanan yang mempunyai nilai kandungan nutrisi yang tinggi berserta vitamin bagi membantu mengembalikan keupayaan ternakan tersebut untuk dibiakan dan akhirnya menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti

Program ini mengambil masa tidak melebihi 3 bulan untuk dijalankansebelum induk-induk ini dapat dibiakan mengikut progam pembiakan yang telah diatur mengikut kesesuaian ladang tersebut.

File Type: pdf
Categories: Perkhidmatan & Pengurusan
Tags: Inovasi
Categories: