Pusat Rawatan Tinja Ayam Bio-reaktor Fermentasi (PRATA Bio-f) (2018)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Makmal Kesihatan Awam Vetrinar

Salak Tinggi

03-87063811

Pusat Rawatan Tinja Ayam Bio-fermentasi ( PRATA BIO-f ) yang pantas dan selamat direka khusus untuk merawat pelbagai jenis sisa organik (contoh: tinja, bangkai haiwan) untuk mencapai matlamat bio-sekuriti dalam mengitar semula sisa organik menjadi produk yang berharga. Melalui penggunaan mikrob Thermophilic suhu tinggi.

Proses bio-fermentasi ini dapat menghapuskan patogen, bakteria, parasit, virus, telur perosak, rumpai, dan bau busuk dalam penghasilan baja organik atau bio-organik. Ia dijalankan di dalam sebuah sistem tertutup di mana tenaga haba boleh diguna semula dan pelepasan bau busuk dapat dikawal. Demikian itu, proses ini dapat mengurangkan pembiakan lalat ke tahap yang minima yang telah mengganggu masyarakat setempat.

Sisa organik akan menjalani proses bio-fermentasi aerobik bersuhu tinggi, disusuli dengan fermentasi aerobik kedua untuk menjadi baja organik atau bio-organik yang mencapai fermentasi lengkap dan bebas patogen. Baja yang dihasilkan juga mengandungi nutrien dan kandungan organik yang diperlukan dalam pertanian. 

File Type: pdf
Categories: Kawalan Pencemaran
Tags: Inovasi
Categories: