Sistem E-Farming Dalam Ternakan Ayam Pendaging (2013)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Ng Choon Ngee, 

Ringkasan Inovasi


Dengan adanya perkhidmatan internet di Malaysia, syarikat kami telah mewujudkan satu sistem yang digelar E-Farming. Sistem E-Farming adalah sistem yang digunakan untuk merekod, mengawal dan membentuk pengurusan ladang yang lebih mampan dan konsisten. Sistem ini akan mengumpul data seperti suhu, pengambilan makanan dan minuman serta berat ayam tersebut. Data yang terkumpul akan dipaparkan pada sistem dengan penyambungan kepada internet. Pihak pengurusan boleh memantau operasi ladang setiap waktu tidak kira dimana sahaja. Selain itu, pengurus ladang boleh menukar tetapan operasi sekiranya terdapat sebarang masalah dikesan tanpa perlu pergi ke ladang. Sistem ini juga membolehkan pihak pengurusan berkongsi keadaan semasa ayam bersama dengan doktor veterinar. Hanya gambar operasi ladang perlu diambil dan diemel kepada mereka dan seterusnya khidmat nasihat dapat diberikan tanpa perlu datang ke ladang. Sistem E-Farming telah berjaya meningkatkan hasil penternakan dan mewujudkan sistem pngurusan ladang yang lebih
mudah.

File Type: pdf
Categories: Perkhidmatan & Pengurusan
Tags: Inovasi
Categories: