SUPER TEKNIK qRT-PCR SELSEMA BURUNG (2019)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

MOHAMAD AZLAN BIN JAHAYA

Pegawai Penyelidik (Q44)

Makmal Veterinar Wilayah Tengah

Penyakit Selsema Burung (Avian Influenza) merupakan penyakit penting yang diberi perhatian dalam industri ternakan ayam dan burung walit di Malaysia. Makmal DVS telah menjalankan ujian pengesanan Avian Influenza Type A dan merupakan antara ujian paling banyak dilakukan di Seksyen Virologi Makmal DVS. Ujian ini diperlukan untuk program Survelan, Monitoring, Diagnostik, Import, Eksport dan lain-lain.

Inovasi yang dijalankan adalah ujian molekular menggunakan Super Teknik qRT-PCR (Real Time RT-PCR-Taqman probe) dan telah dibangunkan di makmal bagi menggantikan teknik lama konvensional RT-PCR, Sybergreen RT-PCR dan penggunaan kit komersil lain yang mahal. Melalui teknik ini, ujian penyakit Selsema Burung Kumpulan A (Avian Influenza Type A) dapat dilakukan dengan lebih mudah, cepat, menjimatkan kos ujian serta lebih tepat berbanding teknik konvensional lama.

 

File Type: pdf
Categories: Perkhidmatan & Pengurusan
Tags: Inovasi
Categories: