Trailer Ternakan Serbaguna (2018)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

Dr Norhartini Binti Ismail

Pejabat Zon Kelantan

km 36 Jln Kota Bharu 18500 Machang, Kelantan

No. Tel: : 012-922 5715 (HP)

RINGKASAN INOVASI:

Trailer ini bersaiz 5’ kaki lebar dan 9 kaki panjang. Ia mempunyai empat roda yang kuat dan berkonsepkan mudah alih. Komponen utama atau K Faktor ialah travis dalaman boleh laras yang dicipta untuk mengekang ternakan ruminan besar dan kecil pelbagai saiz. Travis ini boleh dirapatkan ke dinding trailer untuk memberi ruang yang cukup bagi tujuan lain. Sebuah platform dari besi juga di buat secara binaan dalam untuk tujuan penimbangan ternakan. Untuk tujuan kebajikan ternakan, bahagian sisi dalam mini trailer ini lengkap dengan lapisan kusyen khas untuk mengelakkan kecederaan kepada ternakan. Ruang kerja juga mencukupi bagi mengelak risiko kecederaan kepada manusia. Bumbung pasang siap daripada kanvas yang kukuh juga disediakan. Trailer ini dilengkapi sistem brek dan lampu keselamatan supaya selamat digunakan di jalanraya. Lapisan lantai dilengkapkan dengan lapisan getah bagi mengelakkan kegelinciran ternakan manakala dinding bahagian dalam dilapisi aluminium khas bagi memudahan kerja pembersihan dan suci hama.

File Type: pdf
Categories: Teknologi Peternakan
Tags: Inovasi
Categories: