Transfomasi Sisa Ternakan Untuk Sumber Tenaga : Transformation Of Waste To Bio-Energy (2013)

  • Post by:
  • October 22, 2021
  • Comments off

ROSLAN BIN MOHD.YUSOF, TAN TECK LEON DAN NURUL AINI MOHD.YUSOF 



 

Ringkasan Inovasi

Teknologi hijau berasaskan pencernaan anaerobik (anaerobic digestion) dibangunkan bagi menghasilkan biogas (komposisi utama metana dan karbon dioksida) daripada bahan organik sisa ternakan di ladang sebagai sumber tenaga alternatif yang boleh dimanafaatkan serta berpotensi untuk mengurangkan bau (ammonia) dan pencemaran pelepasan gas rumah hijau (global warming) kepada alam sekitar. Produk dari aktiviti fermentasi yang menghasilkan
biogas ini merupakan salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui selain sumber-sumber seperti petrol, diesel, gas asli dan arang batu dan mempunyai potensi yang tinggi untuk dimajukan pada masa hadapan. Di dalam industri ternakan, sisa ternakan boleh menghasilkan biogas untuk digunakan sebagai bahan api dan menjana tenaga elektrik untuk kegunaan harian di ladang.Kebaikannya juga pengurusan sisa di ladang ternakan akan menjadi lebih sistematik dan mesra alam.

File Type: pdf
Categories: Kawalan Pencemaran
Tags: Inovasi
Categories: